Halaman

Ahad, 23 Januari 2011

CERPEN: MEMORI KAU DAN AKU

AKU begitu asyik melihat gelagat beberapa orang kanak-kanak yang sedang girang bermain teng-teng. Bunyi loceng penjual ais krim menyedarkan aku akan kelewatan Reza.
            “Hisy, mana pulak dia ni… selalu aje lambat.” Aku mengomel sendirian. Apa taknya, dah 15 minit aku jadi mak guard tak bergaji kat sini. Nak kata pakai make up, dia tu lelaki. Lain la kalau dia tu mat kepit!
            “Hey, Izah! Sorry…sorry… Sorry sangat-sangat…” Aku sedikit tersentak tatkala Reza muncul dalam keadaan tercungap-cungap. Lantas, aku memapahnya untuk duduk dibangku berhampiran.
            “Mohammad Reza! Dah berjuta kali aku bagitau kat kau, walau selambat mana pun, please… jangan lari cam ni! Biar lambat asal selamat! Apasal susah sangat kau nak khatam bab ni?” Aku mendengus kasar.
            “Selamat apa kalau asyik kena sepit je…” Reza  mengomel perlahan. Marahku terhadapnya makin meruap. Namun, lenyap begitu saja apabila melihat keadaanya yang masih tercungap-cungap menyedut udara. Wajahnya pucat. Aku mengeluarkan minyak angin dan botol air mineral dari beg sandangku. Nak harapkan dia yang bawak, jangan mimpi!
            Aku menghulurkan minyak angin tersebut kepada Reza. Dia memandangku dengan pandangan aneh.
            “Nak suruh aku minum minyak ni ke?” Dia menyoalku seperti orang bodoh. Aku mencubit Reza sebagai hadiah untuk lawak dia yang tak kelakar tu. Ada ke patut time darurat macam ni pun dia boleh buat lawak? Memang tak nak hidup lama gamaknya…
            Selepas keadaan Reza kembali pulih, aku menghulurkan botol air kepadanya. Dia tersenyum sebelum botol tersebut bertukar tangan. Reza meneguk perlahan. Pandanganku terarah pada muka Reza yang dibasahi peluh. Lalu, kuhulurkan sehelai sapu tangan kepadanya. Dia menyambut dwngan senang hati.
            “Kau dah ok?” Aku menyoalnya, simpati.
            “Ok, thanks. Sorry Izah, aku dah susahkan kau…” Reza menghulurkan kembali sapu tanganku. Pantas aku menumbuk bahunya perlahan. Dia kaget melihat reaksiku.
            “Kau ni apasal la bengap sangat? Dah guna buat lap peluh kau tu, pandai-pandai la bawak balik, basuh! Takkan la aku pulak yang nak kena basuh?” Omelanku membuatkan Reza tergelak.
            “Ala… takkan tak boleh tolong kot…”
            “Banyak cantik muka kau! Tak kuasa aku.” Aku menjuih. Keseronokkan Reza ketawa membuatkan tanganku gatal mahu mencubitnya. Lantas, lengannya menjadi sasaranku.
            “Wei, sakit lah! Izah… sorry ok? Aku gurau je la…jangan marah…auch, sakit la!”
            Aku tersenyum puas. Reza menggosok lengannya yang kepedihan akibat kesan dari ‘sepitan’ aku tadi.
            “Padan muka! Siapa suruh kau buat lawak bodoh macam tu lagi? Kan dah kena.” Aku tersenyum mengejek. Namun, apabila melihat Reza diam, aku mula rasa bersalah.
            “Bro, sakit ke?” Aku menyoalnya perlahan. Reza melarikan lengannya apabila aku ingin melihat kesan cubitan tadi. Tindakan Reza membuatkan aku terkesima. Eh, pandai nak merajuk pulak datuk ni!
            “Wei, sorry la…”
            “Kau ni bengap ke apa? Nama lagi cubitan, mesti la sakit. Tambahan pula kalau cubitan tu dari kau, lagi la sakit. Tak reti-reti nak potong kuku ke?”
            Aku terkejut mendengar leterannya. Bengap? Baru aje tadi aku bagi title bengap tu kat dia, sekarang aku pula yang kena? Amboi, ini dah lebih! Aku mengetap bibir tanda geram.
            “Apa kau kata tadi? Aku tak berapa nak dengar la…”
Apabila menyedari ketelanjuran kata-katanya, Reza tersenyum sumbing.
“Aik, sejak bila pulak member aku ni ada sound trouble?”
Sebelum sempat aku meyepitnya, Reza terlebih dahulu melarikan diri. Aku segera mencapai beg sandangku dan terus mengejarnya.

xxxxxx

SELEPAS puas kejar-mengejar, aku dan Reza akhirnya kepenatan. Kami berhenti rehat sambil duduk menikmati pemandangan tasik yang indah tersedia. Masing-masing diam membisu, membiarkan kepenatan berlalu pergi.
            “Err… Izzah, dah berapa lama kau dan aku jadi member?” Soalan Reza memecahkan kebisuan suasana. Aku memandangnya dengan seribu tanda tanya.
            “Emm… agak-agak aku, masa kecik campur masa sekolah rendah, tolak tiga tahun sekolah menengah, tambah sekarang, dah 16 tahun rasanya. Kenapa tiba-tiba pulak kau tanya aku macam tu?”
            “Tak penting pun… aku nak tau je. Kau tau tak yang kau satu-satunya member yang paling rapat dengan aku?” Reza menyoalku lagi. Tatkala aku merenung wajahnya bagi mencari kepastian, dia terlebih dahulu mengelak.
            “Well, memang hanya aku yang sudi jadi member pada budak bengap macam kau ni.” Selamba aku mengusiknya bagi menceriakan keadaan dengan harapan dia akan mengenakan aku kembali.
            “Kau pun apa kurangnya, bengap jugak.”
Seperti yang aku harapkan, dia membidasku kembali. Memang dasar budak tak mati kutu la…
            “Kalau tiba-tiba aku tak ada, macam mana?”
Jangkaanku meleset sama sekali. Ternyata dia masih mahu bersoal jawab dengan aku. Dahiku berkerut tanda tidak memahami maksud yang ingin disampaikan melalui soalannya itu. Dia mencebik melihat reaksiku.
            “Maksud aku, kalau tiba-tiba aku…mati..”
            “Apa yang kau melalutkan ni? Kau dah kena demam panas ek? Atau, kau dah puas hidup?”
Reza sekadar tersenyum apabila aku memintas kata-katanya tadi. Mamat ni kalau tak senyum tak boleh ke? Dia ingat aku tengah buat lawak ke ni?
            “Kau nak marah ke, nak melenting, nak angin, nak rebut, aku tak ambik pusing. Aku cuma nak kau tahu, aku sayang sangat kat kau.”
Bicara Reza perlahan, tapi cukup untuk membuatkan aku kelu untuk seketika. Entah kenapa perasaanku menjadi tidak senang. Terasa perasaan sebak menguasai diriku. Mataku bergenang. Aku tunduk bagi menyembunyikanmataku yang mula berkaca. Tanpaku sedar, ada jari yang meyeka air mataku dari mengalir. Tatkala aku mendongak, pandanganku bertemu dengan seraut wajah yang tersenyum memandangku. Aku jadi malu. Apasal la mamat ni… saja je nak buat aku sedih.
            “Wei, dah la tu! Kau ni macam budak-budak pulak. Karang, tak pasal-pasal orang igat aku buli kau. Free-free je muka handsome ni lebam.”
Jenaka Reza menghilangkan kegusaran yang bertamu dihatiku. Aku mengesat air mata yang masih bersisa di pipiku.
            “Handsome macam kambing. Kau suka sangat buat aku marah. Lepas tu, buat aku sedih pulak. Itu dah kira kau buli aku tau tak?!”
            “Eh, bertuahnya budak ni! Orang dah pujuk bukan nak ucap thanks ke apa, tapi siap kutuk aku lagi! Anak siapa la budak ni…?” Reza mengusikku lagi. Aku menjeling tajam.
            “Sorry…sorry… just joking.” Reza akhirnya mengalah dan aku tersenyum sebagai tanda kemenangan.

xxxxxx

ENTAH mengapa atau itu hanya perasaan aku, tapi aku mula merasai perubahan pada Reza. Sering saja aku melihatnya termenung meskipun ketika itu aku ada berada bersamanya. Reza semakin kurang berjenaka dan ketawa. Kadang-kadang tu, fikirannya sentiasa menerawang entah ke mana. Walaupun dia akan megiakan setiap pertanyaan aku, aku tetap merasai dia tidak memberi tumpuan dalam perbicaraan kami. Pernah ada ketikanya dia bagaikan terlupa akan kewujudan aku disisinya. Tak patut betul dia biarkan aku cakap sorang-sorang. Kejamnya dia ni… Namun begitu, perubahan Reza turut sama mengundang kebimbangan dalam diriku.
            “Reza, boleh aku tanya sesuatu?” Aku menyoal Reza ketika kami sedang berjalan-jalan ditaman. Peluang ini tidakku lepaskan untuk mencungkil rahsia darinya.
            “Sejak bila pulak kau jadi baik sangat mintak kebenaran aku untuk tanya soalan? Selalunya, kau main terjah ikut suka hati kau je.”
Jenaka Reza kali ini tidak mampu untuk menyenangkan perasaan gundah dihatiku.
            “Rez… aku serius ni…” Aku memintas di hadapannya, membuatkan langkah Reza terhenti.
            “Ok, apa yang kau kepoh sangat nak tanya  ni?” Anak matanya menikam tepat ke dalam mataku. Aku melarikan pandanganku dan melangkah menuju ke arah buaian. Aku berbuai perlahan. Reza menghampiriku.
            “Kenapa aku tengok kau dah lain? Kau ada masalah ke? Sekarang ni, aku tengok kau dah tak macam dulu… kenapa Rez?”
Reza membuaiku untuk seketika. Dia menarikku untuk duduk di bangku berhampiran. Duduk berhadapan dengan Reza membuatkan aku kelu untuk bersuara. Dia tersenyum  “Aku ok… Cuma aku letih je… lagipun dua tiga menjak ni aku sibuk sikit. Mama dan papa aku, lagi sebulan baru balik. Sekarang ni, Irah dah mula buat perangai. Katanya, aku dah jarang ada kat rumah. Dia rasa aku tak sayang dia… ” Reza mengeluh perlahan. Bayangan wajah seorang gadis comel menabiri ruang mataku.
“Kau jangan risau, aku ok…” Reza mencubit pipiku, lembut. Aku tersenyum dalam paksaan kerana aku tau yang sememangnya dia membohongiku. Bukan itu yang merubahnya.

xxxxxx

SUDAH dua hari Reza menghilang dariku. Setiap kali aku call, hanya peti pesanan suara yang menjawab. Sudah puas aku mencarinya ditempatyang selalu menjadi tempat kegemaran Reza. Sudah jenuh aku menyoal rakan-rakannya, tapi semuanya hanya menggeleng.
            Bantal kecil ditangan, ku tumbuk perlahan sebelum kucampak ke tepi. Tiba-tiba bunyi ketukan pintu kamar menggangguku. Aku melangkah malas untuk membuka pintu.
            “Ada apa Bik? Kan saya dah pesan, saya tak nak diganggu hari ni…”
Wajah pembantu rumahku berubah apabila aku menunjukkan muka bosanku.
            “Maaf Non. Bik ngak ada niat mahu mengganggu. Ada tamu mau ketemu sama Non. Dia bilang, penting bangat mau bicara sama Non. Maaf ya Non.”
            “Siapa bik?” Aku menyoal kehairanan.
            “Bik pun enggak tau, Non. Cowok, katanya teman Non.”
Mungkinkah itu Reza? Dia datang? Aku berlari menuruni tangga, meninggalkan bibik yang terpinga-pinga melihat kekalutanku.
Kakiku kaku tatkala melihat lelaki di hadapanku. Sangkaanku salah.
            “Aeman? Kau rupanya. Aku ingat, Reza tadi.” Aku mengeluh perlahan. Wajah Aeman tenang memandangku.
            “Err… Izah, aku nak cakap sikit. Ini pasal Reza. Dia…dia ada kat hospital sekarang ni.” Raut wajahku berubah sebaik saja mendengar kata Aeman. Ternyata kesulitannya untuk memberitahuku tersembunyi disebalik ketenangan pada renungannya tadi. Lidahku menjadi kelu.
            “Izah? Are you okey? Speak to me!” Suara Aeman yang agak kuatmenyedarkan aku.
            “Aeman, bawa aku ke sana. Sekarang!”
Tanpa membuang masa, aku terus mengekori Aeman.

xxxxxx

SEBAIK saja kami tiba, aku mengekori langkah Aeman menuju ke wad 13. Sebaik saja aku menerpa masuk, mataku terarah pada sekujur tubuh yang terbaring di atas katil. Kain putih menutupi setiap inci tubuh itu. Aeman sekadar memandang tanpa bicara. Aku menghampiri dengan langkah yang lemah longlai. Air mata yang kutahan sejak tadi akhirnya merembas jua. Pandanganku kabur.
            “Rez…Reza… bangun Reza! Bangun! Jangan tinggalkan aku! Reza…” Aku merintih disisinya. Tangisanku makin menjadi-jadi. Perit rasanya hatiku. Tubuhnya ku goncang semampuku. Akhirnya aku menyembam mukaku disisinya.
            “Wei, siapa pulak yang memekak ni…! Aku nak tidur la…”
Aku tersentak. Tangis dan esakanku terhenti serta-merta. Aku memandang tepat pada pada tuan empunya suara tadi. Reza tersenyum sumbing padaku. Pandanganku silih berganti antara Reza dan Aeman. Mukaku terasa panas apabila menyedari bahawa aku sudah terjerat dalam permainan mereka. Ketika itulah pecah ketawa yang ditahan oleh mereka berdua.
            “Jahat punya orang! Anak hantu betul!” Pantas aku menarik bantal yang berada disisi Reza dan memukulnya bertalu-talu. Kali ini, tiada lagi kompromi antara aku dan dia. Rayuan Reza langsung tidak aku pedulikan. Sakit hatiku apabila dipermainkan oleh mereka. Aeman mengambil kesempatan melarikan diri apabila merasakan dia bakal menerima nasib yang sama seperti Reza.
            “Wei, dah la tu! Sakit la… sorry ok?” Reza merampas bantal ditanganku. Aku kepenatan selepas puas menghamburkan rasa amarah dan sakit hatiku tadi.
            “Sampai hati kau kenakan aku macam ni…” Aku bersuara perlahan. Reza membetulkan keduduknya. Dia memandangku dengan rasa bersalah.
            “Maafkan aku… aku tak ada niat pun nak mainkan kau. Semua ni rancangan si Aeman. Aku patah kaki je, bukan mati pun. Esok, lusa dah boleh keluar. Emm… ini untuk kau.” Reza menghulurkan sehelai sapu tangan padaku. Pada mulanya aku menyangka itu adalah sapu tanganku dulu. Tapi, sapu tangan yang berada dalam pegangan tanganku kini lebih cantik dan masih baru jika hendak dibandingkan dengan sapu tanganku yang sudah berusia dua tahun.
            “Maaf la, sapu tangan yang kau bagi pinjam kat aku dulu dah hilang. yang ni, kira aku ganti balik. Kau pernah bagitau kat aku yang sapu tangan tu penting bagi kau. Puas aku cari, mujur la jumpa jugak. Kau patut berterima kasih kat aku sebabnya, aku rela patahkan kaki aku untuk dapatkan sapu tangan ni untuk kau.” Reza bersuara mendatar. Aku merenung pemberiannya penuh makna. Ini mengingatkan aku pada perlakuannya yang tiba-tiba saja berubah.
            “Thanks Reza. Thanks for everything.” Aku megukir senyuman bahagia. Ternyata persahabatan kami tidak terhenti begitu saja. Syukurlah.
            “Itu je?? Lepas puas aku bergelut dengan kereta, thanks je? Takkan tak ada hadiah kot…” Reza mencebik. Aku ketawa senang melihat telatahnya. Macam budak-budak! Tapi, Rezaku sudah kembali dan aku berharap ‘dia’ tidak akan pergi lagi.
            “Hey, janji dengan aku yang kau tak akan permainkan aku lagi, boleh?” Aku memandangnya sambil menyuakan jari kelingkingku.
            “Well, we’ll see about that…” Reza mengusikku lagi. Aku mengetuk kakinya yang berbalut kemas. Jeritannya mengundang gelak dariku.
            “Ya lah… aku janji. Kau ni kejam la. Tapi kalau kau yang mula dulu, aku tak janji.” Jari kelingking kami bertaut. Aku sekadar mengangguk mendengar janjinya. Dia tersengih lagi. Macam orang tak betul pulak dia ni. Akhirnya, aku sendiri ketawa melihatnya.

              “TAMAT PROLOG”
http://www.smileycodes.info
                                                                              NURUL IZNI BT. MOHD NOR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik Di Sini Ya !