Halaman

Isnin, 24 Januari 2011

CERPEN : MEMORI YANG TINGGAL

HUJAN masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti. Hampir 30 minit aku menunggu diruangan lobi lapangan terbang  KLIA, namun kelibatnya masih lagi belum kelihatan. Suasana yang agak lenggang dengan kedinginan yang menyelubungiku membuatkan aku diterjah kebosanan. Berkali-kali telahku cuba menelefon Reza, tapi gagal. Panggilanku sengaja dibiarkan tidak berjawab. Janjinya untuk menemaniku di airport membuatkan aku kerunsingan seandainya Reza tidak mengotakan janjinya gara-gara aku perlu ke Jepun untuk membantu Dani menguruskan pembatalannya untuk menetap di sana. Berbagai-bagai alasan yang diberikan agar aku membatalkan keputusanku. Jenuh aku memujuknya barulah dia mengalah. Itupun langsung tdak ikhlas, menyampah betul! Tapi entah kenapa keakraban antara aku dan Dani pula disalah tafsirkan oleh Amir. Tuduhannya yang melulu mencetuskan perbalahan antara aku dan dia. Perbalahan yang cukup mrmbuatkan aku kesal.
            Aku mula dirundum gelisah tatkala melihat jam tanganku. Waktu untuk penerbangan ke Jepun berlepas semakin hampir. Jari-jemariku tidak henti-henti menekan pad kekunci telefon untuk membuat panggilan. Kali ini, hanya pesanan suara yang sudi menjawab panggilanku.
“ Izah!”
            Suara teriakan dan lambaian dari jauh menghadirkan segaris senyuman dibibirku. Namun, senyuman itu mati tatkala menyedari yang memanggilku tadi bukanlah Reza, tapi sebaliknya Iwan. Dari kejauhan dia berlari ke arahku dan berhenti di hadapanku. Keadaannya yang tercungap-cungap mengingatkan aku tentang Reza. Tapi, dia di mana? Kenapa bukan dia yang datang?
“Izah, ikut aku. Ini pasal Reza.”
Mulutku ibarat terkunci rapat untuk berkata-kata. Apa dah jadi ni? Kenapa dengan Reza?

xxxxxx

KORIDOR wad 212 lenggang tanpa pelawat, sesekali suara esakan kecil kedengaran dari celahan pintu wad 212 yang tidak tertutup rapat. Aku menolak daun pintu perlahan. Gadis yang sedang menangis di sisi katil memandang ke arahku. Dia menerpa ke arahku dan merangkulku erat. Air matanya bertambah laju saat aku membalas rangkulannya. Saat pelukan itu terlerai, aku menghampiri katil yang menjadi tempat peraduan Reza. Wayar-wayar yang berselirat ditubuhnya tambah memilukan aku. Kesan-kesan luka di badan dan mukanya kelihatan merah dan masih baru. Wajah pucat itu ku tenung dengan perasaan sebak yang membuku. Saat ini, aku terkenangkan gurauannya satu ketika dulu.
Irah, bila Reza kemalangan?” Wajah sembab gadis sunti itu ku tenung. Simpati membuak-buak tatkala melihat sisa air mata di pelupuk matanya.
“Abang excident masa nak jumpa akak…”
Suaranya ditenggelamkan oleh sendu yang semakin menekan. Aku menarik Zakirah ke dalam pelukanku. Di situ, dia menumpahkan segala kesedihan yang membelenggu jiwanya. Tangisannya cukup memilukan hatiku. Aku mengerti akan apa yang dirasainya. Hanya Reza satu-satunya saudaranya yang masih ada selepas kematian ibu bapa mereka, 10 tahun yang lalu.
 “Wan, kau bawak Irah balik rumah Fatin. Aku rasa Syue pun ada kat sana. Minta dia orang tolong jaga Irah.”
       Iwan mengangguk tanda mengerti. Zakirah memandangku dengan mata yang bengkak. Aku menghadiahkan senyuman meskipun aku sendiri tidak tahu untuk apa senyuman itu.
“Irah tak nak… Irah nak jaga abang…” Suara serak Zakirah begitu sayu pada pendengaranku. Aku menggeleng untuk membantah.
“Irah, akak akan jaga abang Reza. Irah jangan risau…”
“Tapi…”
“Irah…” Aku memotong bicaranya saat dia ingin membantah. Akhirnya dia mengalah. Aku sekadar memerhati saat Iwan mengekori Zakirah keluar dari wad 212.
         Suasana kembali sunyi. Sesekali kedengaran bunyi nafas Reza yang menderu. Sebak menguasai diriku.
“Rez… sedarlah. Kami semua risaukan kau. Sedarlah… demi Irah… demi aku…” Tatkala aku menutur perkataan itu, air mataku mengalir laju. Pandanganku semakin berbalam.
xxxxxx

“DAMN?!” Suara lengkingan Iwan menambahkan lagi esakan Zakirah yang berada dalam pelukan Fatin. Aku kebinguan. Perasaan bersalah membuatkan aku tertekan. Masih terbayang di mataku saat terjaga dari tidur dan melihat Reza diserang kekejangan otot. Pernafasannya yang tidak teratur membuatkan aku panik. Aku hampir saja menyebabkan kematian Reza, seandainya doktor tidak tiba dengan segera.
“Doktor… tolong bagi tau saya yang semua ini tak betul…” Air mataku mengalir tanpa dipinta. Wajah doktor muda itu ku renung penuh mengharap. Dia mengeluh perlahan.
“I’m sorry miss… tapi, jangan risau, kami akan cuba yang terbaik…” Ujar Doktor Mimi. Bicaranya membuatkan aku hampir rebah.
“Jangan risau?! Doktor ingat, dengan cuba doktor itu, dapat selamatkan Reza?!” Iwan tiba-tiba menyinga. Tengkingnya membuatkan muka Doktor Mimi merah padam.
“Berdoalah semoga dia selamat.” Doktor Mimi berlalu pergi sebelum menghilang di sebalik pintu bilik pembedahan. Aku semakin diburu perasaan bersalah. Kami hanyut dibawa arus duka masing-masing.

xxxxxx

JAM dinding mula menunjukkan jam 2 pagi. Pembedahan yang berjalan 2 jam yang lalu belum menunjukkan tanda-tanda untuk selesai. Deringan telefon bimbit mengejutkan aku yang hampir terlelap.
“Hello?”
“Izah!” Mataku yang kelesuan menjadi segar semula apabila mendengar suara tersebut.
“Dani? Hey… Dani kat mana tu? How are you?”
“Dani still kat Jepun lagi… and I’m fine but I’ve been missing you so much… Bila Izah nak datang?” Suaranya yang ceria membuatkan aku serba salah.
“Dani, Izah ada berita buruk nak disampaikan. Reza sekarang ini sedang dirawat di hospital. Dia kemalangan.”
Perkhabaran tersebut membuatkan Dani terdiam. Dia mengeluh perlahan.
“Betul ke? So, is he okay?”
“I hope so… but we don’t know. Dia masih dalam bilik bedah.” Aku bersuara perlahan. Untuk seketika, Kami bagaikan kelu untuk berbicara.
“Emm… Dani rasa, Izah tak dapat datang sini, kan?” Suara kekecewaan Dani jelas membuatkan aku berubah riak.
“If I can make it, I will. But, I’m sorry… Izah tak boleh tinggalkan Irah sorang diri dalam keadaan macam ni.. Izah harap Dani faham.”
“It’s okay… Dani faham. Ok lah, Dani ada hal sikit. Bye…”
Aku tersentak saat panggilan itu dimatikan. Sikap kebudak-budakkannya masih lagi terserlah meskipun usia sudah menjangkaui 20-an.
“Akak, doktor dah keluar.” Panggilan Zakirah membatalkan niatku untuk membuat panggilan balas.
Masing-masing diam membisu apabila Doktor Mimi menghampiri kami.
“Doktor, macam mana dengan Reza?” Doktor itu memandang kami silih berganti kaca mata yang menghiasi wajah tenang itu, ditanggalkan.
“I’m sorry, sewaktu dibawa masuk kebilik bedah tadi, keadaan mangsa sudah terlalu kritikal. Kami dah buat yang terbaik untuk menyelamatkannya. Tapi, Allah lebih menyayanginya. Takziah. Excuse me.”
Duniaku menjadi gelap. Suara raungan Zakirah yang sudah terjelepuk berhampiranku langsung tidakku hiraukan. Sayup-sayup kedengaran suara Fatin memanggilku. Pandanganku kelam.

xxxxxx

“Izah kami balik dulu. Tolong tengok-tengokkan Irah.”
Aku mengangguk saat pelukan terlerai. Aku mengalihkan pandanganku apabila Fatin dan Shuhada hilang disebalik pintu pagar tanah perkuburan. Pandanganku jatuh kepada Zakirah. Bacaan Surah Yassin sesekali diselangi dengan sendu mengusik, naluriku. Sesekali air mata yang bercucuran di pipinya dikesat dengan hujung lengan baju kurungnya. Terasa baru semalam aku dan Reza berkejaran di taman. Terasa bagai baru pagi tadi kami bertekak. Tapi semuanya lenyap begitu saja. Rinduku terasa bagai bertahun meskipun baru semalam dia pergi. Sisa air mawar yang masih tertinggal ku sirami ke atas kuburan Reza. Air mata yang ku tahan akhirnya mengalir jua. Sakit rasanya menghadapi pepisahan sebegini. Perit rasanya untuk menelan kedukaan ini. Sesungguhnya aku tidak mampu menanggungnya.
“Rez… Aku rindukan kau…”
Aku tersentak apabila sehelai sapu tangan dihulurkan. Sapu tangan yang pernah Reza hadiahkan kepadaku. Pandanganku bertaut dengan sepasang mata sepet.
“Dani?”
“Assalamualaikum…Izah. Dani mintak maaf. I’m late…” Dani bersuara perlahan. Aku sekadar mengukir senyuman hambar. Aku tidak mampu untuk berbicara. Fikiranku kosong. Aku membiarkan saja tatkala Dani mengambil Surah Yassin dari tanganku. Seketika kemudian, alunan ayat-ayat suci menyusup ke segenap pelusuk nadiku. Ya Allah … Bantulah aku menghadapi perpisahan ini…

                                  “TAMAT EPILOG”   

                                                           NURUL IZNI BT MOHD NOR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik Di Sini Ya !